You are here: Home Informasi Syarat dan Ketentuan

Pustaka Abu Naim

Syarat dan Ketentuan

E-mail Print PDF

Berikut adalah syarat dan ketentuan di pustakaabunaim.Com

Umum

  1. Dengan menggunakan dan/atau mendaftar di pustakaabunaim.com ini bererti anda bersetuju untuk terikat dan patuh kepada seluruh syarat dan ketentuan yang ditetapkan oleh pustakaabunaim.com.
  2. Syarat dan ketentuan ini boleh berubah dari masa ke semasa dan kami TIDAK berkewajiban untuk memberitahu perubahannya kepada anda. Anda dengan sendirinya akan terikat dan wajib patuh kepada syarat dan ketentuan yang baru tersebut.
  3. Syarat dan ketentuan ini kami buat untuk kepentingan kita bersama, untuk menjaga hak kedua-dua belah pihak. Ia dibuat atas dasar asas keadilan yang sesuai dengan al-Quran dan Sunnah Sahihah yang sesuai dengan pemahaman Salafus-Soleh. Syarat dan ketentuan ini tidak bermaksud untuk menzalimi/merugikan salah satu pihak.
  4. Jika terdapat perkara-perkara dalam syarat dan ketentuan ini yang tidak sesuai dengan al-Quran dan Sunnah Sahihah yang sesuai dengan pemahaman as-Salafus-Soleh, maka perkara-perkara tersebut TERBATAL dan yang berlaku adalah hukum-hukum yang sesuai dengan al-Quran dan Sunnah Sahihah yang sesuai dengan pemahaman as-Salafus-Soleh.

Keselamatan

  1. Bagi mengelakkan Untuk menghindari terjadinya penipuan atau bentuk tindak kejahatan lainnya, segala bentuk komunikasi yang dilakukan dengan kami, anda hendaklah menggunakan data-data yang tepat (seperti alamat email, nombor telefon, dan sebagainya) yang kami cantumkan dalam halaman Tentang Kami. Segala kerugian yang timbul disebabkan menghubungi yang tercantum dalam pustakaabunaim.com ini, maka ia BUKAN merupakan tanggung jawab kami.

Harga

  1. Setiap harga yang tercantum dalam situs ini adalah benar pada saat dicantumkan. Kemudian jika terdapat perubahan harga baru namun kami belum/lupa mengemaskinikan harga dalam situs ini maka harga yang berlaku adalah harga yang baru tersebut. Apabila terdapat pesanan yang dibuat sebelum perubahan harga tersebut dan belum selesai diproses sampai terdapat harga baru tersebut, maka kami akan memberikan pilihan kepada pembeli untuk tetap meneruskan pesanannya dengan harga yang baru tersebut atau membatalkannya.
  2. Apabila terdapat perbedaan antara harga dalam mata wang Ringgit Malaysia dan harga dalam mata wang asing maka harga yang berlaku adalah harga dalam mata wang Ringgit Malaysia.

Pembelian dan Penukaran Barang

  1. Setiap barang yang telah dibeli dari pustakaabunaim.com ini TIDAK boleh ditukar atau dikembalikan, terkecuali untuk barang-barang yang ternyata terbukti bahawa terdapat cacat produksi pada barang-barang tersebut yang mana cacat produksi tersebut luput dari pemantauan quality control kami maka barang tersebut BOLEH ditukar dengan barang yang sama yang baik.
  2. Kos kiriman barang cacat produksi yang ingin ditukar kepada kami ditanggung oleh pembeli, sedangkan kos pengiriman barang penukarnya kepada pembeli akan ditanggung oleh kami. Perkhidmatan kiriman barang yang ingin digunakan bebas ditentukan oleh masing-masing pihak.
  3. Barang-barang cacat produksi yang telah dibeli hanya boleh ditukar dalam tempoh 60 (enam puluh) hari mulai barang diterima, dengan syarat bahawa pembeli memberitahu kami terlebih dahulu barang-barang yang ia beli dari kami telah diterima dengan baik pada saat ia menerima barang-barang tersebut. Jika tidak, maka barang-barang cacat produksi tersebut hanya dapat ditukar dalam waktu 60 (enam puluh) hari semenjak tanggal pengirimannya.
  4. Pesanan yang tidak diteruskan dalam tempoh 10 (sepuluh) hari mulai pesanan tersebut dibuat, kami anggap batal dengan sendirinya.

Penerimaan Pesanan

  1. Pembeli wajib memberitahu kami apabila barang-barang yang dibeli dari kami telah ia terima dengan baik dalam waktu paling lewat 7 (tujuh) hari setelah ia menerima barang-barang tersebut.
  2. Anda boleh memaklumkan kepada kami sama ada melalui email atau SMS. Untuk mengetahui informasi kontak kami, silakan lihat halaman Tentang Kami.
  3. Jika pembeli tidak memaklumkan penerimaan barang setelah waktu 7 (tujuh) hari, maka kami menganggap barang tersebut telah diterima dengan baik oleh pembeli.

Pembatalan Pesanan

  1. Pembatalan pesanan atau pembatalan salah satu barang yang dipesan hanya boleh dilakukan SEBELUM pesanan dikirimkan.
  2. Pembatalan yang dilakukan setelah pesanan telah dikirim tidak dapat diberikan.

Pembayaran Pesanan

  1. Pembeli bebas menentukan cara pembayaran pesanan yang ingin ia gunakan, selagi cara pembayaran tersebut tidak di luar dari cara-cara pembayaran yang telah kami tetapkan.
  2. Segala kos yang ditanggung dalam urusan pembayaran pesanan (seperti fee pihak ketiga, kos pemindahan wang, dan lain-lain kos) ditanggung oleh pembeli.

Pengiriman Barang

  1. Pembeli bebas menentukan perkhidmatan pengiriman barang yang ingin ia gunakan, selagi perkhidmatan itu termasuk perkhidmatan yang kami tetapkan.
  2. Kos pengiriman untuk barang-barang yang dibeli dari kami ditanggung oleh pembeli, kecuali jika dinyatakan lain.
  3. Pengiriman barang-barang yang dibeli dari kami akan kami lakukan setelah kami menerima pembayaran dari pembeli dalam akaun bank kami.
Share/Save/Bookmark
Last Updated ( Friday, 09 October 2009 14:44 )  

Cari Judul


Your Shopping Cart

VirtueMart
Your Cart is currently empty.

Diskaun 20% hingga 40%

InsyaALLAH Perhantaran secara PERCUMA dipertimbangkan


Mudah-mudah kita semua mengambil pelajaran dan manfaat dari buku-buku yang sesuai dengan Al-Quran dan As-Sunnah

Radio Hang

Radio Rodja